Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menyamar Polis, Minta ‘Wang...

KUALA LUMPUR - Taktik menyamar sebagai pegawai polis dan meminta wang jaminan daripada...

Royal Selangor Rancang Eksport...

KUALA LUMPUR – Pengeluar dan peniaga piuter, Royal Selangor International Sdn Bhd, kini...

Pelawa Pembangkang Lawan Di...

PADANG RENGAS - Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja yang...

Dijel Ceroboh Masuk Rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret...

Keluarga Pensyarah UUM Koma Di Australia Rayu Dana

ALOR SETAR – Keluarga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Zahir Mat Cha, 51, yang sedang koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St Vincent, Sydney, Australia masih memerlukan RM285,000 bagi menyelesaikan kos bayaran perubatan di hospital itu.

Nur Asniza Md Zahir, 22, berkata wang itu diperlukan bagi membayar kos perubatan ayahnya sepanjang dirawat di Hospital St Vincent yang sehingga kini sudah mencecah kira-kira AUD$127,928 (RM434,955).

“Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul berjumlah RM150,000 jadi kami masih perlukan sekitar RM285,000. Itu belum termasuk kos rawatan susulan dalam negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Md Zahir, 51, terlantar di Hospital St Vincent akibat serangan angin ahmar selepas terjatuh dalam bilik air di hotel penginapannya, 31 Julai lalu ketika menghadiri program ‘Study Visit Tour For Management Council Member‘ anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC).

Nur Asniza berkata dia dan keluarganya berharap dapat membawa ayahnya pulang ke Malaysia dengan segera bagi menjalani rawatan susulan sama ada di Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Sungai Buloh.

“Sekarang, pihak keluarga dengan kerjasama Kedutaan Malaysia, Wisma Putra, Kementerian Kesihatan serta Biro Kebajikan UMNO Malaysia, sedang dalam proses akhir untuk membawa ayah pulang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pagi esok (Jumaat),” katanya.


Terdahulu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Kedah, Datuk Abdullah Hasnan menyerahkan sumbangan RM34,000 daripada UMNO negeri kepada Nur Asniza.

Abdullah berkata sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga itu untuk membayar kos rawatan di luar negara.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat terus membantu keluarga Md Zahir dan semua ahli UMNO Kedah juga diharap dapat terus menyalurkan sumbangan secara berterusan bagi membiayai kos rawatan selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori