Keluarga Nora Anne Ucap Terima Kasih

SEREMBAN – Keluarga gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) anak gadisnya yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Kenyataan itu yang dikeluarkan melalui The Lucie Blackman Trust turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat di sini sama ada yang jauh mahupun dekat yang memberikan sokongan kepada keluarga Nora Anne.

“Nora telah membawa kepada penyatuan negara dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia, selain menyatakan sokongan mereka terhadap keluarga Nora.

“Kejadian ini benar-benar memberi kesan kepada seluruh dunia,” katanya.

Katanya lagi, Nora Anne merupakan gadis yang istimewa dan berharga buat keluarga tersebut malahan menyifatkan kejadian yang menimpa anak gadisnya itu sesuatu tidak dapat ditanggung.

“Kami akan sentiasa menyayangi Nora,” kata kenyataan itu lagi.

Loading...