Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Sebenarnya King Afiq?...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang seorang ‘jutawan ciplak’ yang didakwa...

WHO Beri Amaran Coronavirus...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan virus baharu yang ditemui di China,...

Rali Dakar: Kematian Penunggang...

CHILECITO, ARGENTINA - Perlumbaan Rali Dakar berkabung buat seketika hari ini selepas penunggang...

JDT Jumpa Pahang Di...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan...

Keluar Bersama, Neelofa-Hans Kembali Bercinta Ke?

BARU-BARU ini, netizen yang ‘bermata helang’ telah pantas menghidu pergerakan pengacara Neelofa dan pelakon Datuk Hans Isaac sedang menikmati makan malam bersama-sama.

Oleh kerana kedua-duanya pernah bercinta pada suatu ketika dahulu, maka wujudlah spekulasi bahawa Hans dan Neelofa mungkin kasih mereka kembali bertaut kerana mereka juga turut pergi menonton konsert jelajah ‘Darkness and Light World’ artis antarabangsa John Legend di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang pada Sabtu, 17 Mac lalu.

Namun, mereka tidaklah pergi berdua, tetapi ditemani oleh teman-teman rapat mereka termasuklah model, Elaine Daly.

Malah, Elaine ada memuat naik gambar dan video melalui Insta Story menunjukkan mereka sedang menikmati hidangan di restoran Burger & Lobster di Sky Avenue, Resort World Genting.

Neelofa turut memuat naik videonya menikmati hidangan di restoran yang sama melalui Insta Story, oleh itu memang sahlah dia memang berada di sana bersama-sama Hans dan teman-teman mereka.

Bahkan, Elaine juga dilihat pernah memuat naik gambar bersama-sama Neelofa dan meletakkan pautan nama akaun pengguna Instagram Hans, kali terakhir pada 8 Mac lalu.


Adakah ini bermaksud hubungan Neelofa dan Hans sudah terjalin semula?

Sejak membawa haluan masing-masing pada tahun 2014 yang lalu, kedua-dua Hans dan Neelofa pernah dikaitkan bercinta dengan orang lain.

Neelofa pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan dengan pelakon Fattah Amin manakala Hans pula pernah mengikat tali pertunangan dengan bekas ratu cantik, Gabriella Robinson sebelum memutuskan untuk tidak meneruskan majlis perkahwinan mereka.

Haa sementara dua-dua masih solo ni, memang sesuai sangat jika kembali bersama, kan?

Kami rasa Neelofa dan Hans amat secocok bersama dan mampu membantu kerjaya masing-masing kerana kedua-duanya amat berjaya dalam bidang mereka! – MYNEWSHUB.CC

Kategori