Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Permata Cinta Versi K-Pop...

NAMA Kim Dong Gyun masih asing di Malaysia namun di negara seberang, dia...

Hentikan Amalan Budaya ‘Curi...

KANGAR – Budaya 'mencuri masa' bekerja untuk melakukan urusan selain daripada tugasan rasmi...

Mahkamah Batal Saman RM14...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan...

MH725 Alami Kerosakan Tayar,...

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH725 dari Kuala Lumpur mengalami...

Kelewatan Pembayaran Wang PTPTN Masalah Komunikasi

KOTA BHARU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menghadapi masalah kewangan dan kelewatan pelajar universiti awam menerima pembayaran pinjaman mereka adalah berpunca daripada masalah komunikasi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata masalah itu telah diatasi dengan banyak universiti terbabit sudah menghantar pengesahan status pengajian pelajar kepada PTPTN untuk proses pembayaran.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Eksekutif PTPTN (Wan Ahmad Wan Yusoff) dan beliau menyatakan tidak ada masalah, banyak universiti sudah menghantar senarai (pengesahan status pengajian pelajar)…ini bukan isu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara ‘Jom Masuk IPT’ 2017 di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan peminjam PTPTN di 11 universiti awam berdepan kelewatan menerima pembayaran berikutan agensi itu belum menerima pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.

Idris juga berkata pada tahun lepas, PTPTN berjaya mengutip hutang bayaran balik pinjaman sebanyak RM3.4 bilion iaitu melepasi sasaran yang ditetapkan RM2 bilion.

Mengenai karnival dua hari yang bermula hari ini, Idris berkata ia adalah bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran yang terdapat di universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam.

“Pendidikan tinggi di negara kita terus meningkat dengan ranking yang semakin naik, pengiktirafan juga meningkat dan pelajar kini tidak lagi segan napabila memilih universiti tempatan kerana kita juga mempunyai universiti yang baik.

“Universiti tempatan yang usianya tidak sampai 50 tahun adalah antara 50 terbaik di dunia manakala untuk universiti penyelidikan kita juga merupakan antara yang teratas di dunia dengan banyak kejayaan dicapai termasuk dalam bidang sains dan kejuruteraan,” katanya.


Beliau berkata kejayaan dan kecemerlangan pendidikan tinggi negara bukan sahaja membuka mata rakyat Malaysia malah pelajar luar negara untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

Katanya pendidikan vokasional dan teknikal juga penting kerana ia menjamin masa depan yang baik kepada pelajar kerana kira-kira 60 peratus peluang pekerjaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas adalah dalam bidang vokasional dan teknikal.

Beliau berkata pelajar luar negara berminat belajar di negara ini kerana kos pengajian yang rendah berbanding di Amerika Syarikat dan Australia.

Antara aktiviti pada karnival itu ialah pameran pendidikan, program melonjak ke atas sebagai medan interaksi antara kementerian dan masyarakat, dan seminar kemasukan pelajar ke IPT.

Karnival berkenaan akan diperluaskan keseluruh negara dengan destinasi terakhirnya di Negeri Sembilan pada 25 Mac ini. – BERNAMA

Kategori