Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buang Anak Sampai Melecur,...

GAGAL menyembunyikan kelahiran, seorang wanita sanggup membuang anaknya di tapak pembuangan sampah bagi...

Kertas Putih Felda Di...

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di...

Kerajaan Jangan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar ekonomi terkenal menggesa kerajaan supaya membiarkan pasaran bertindak...

Jelmaan Pocong Di Paloh,...

GUA MUSANG - Sejak minggu lalu, tular video rakaman penampakan pocong yang didakwa...

Kelantan, Pusat Sekata Isu Tanah Orang Asli

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju dengan dasar-dasar dilakukan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah melibatkan Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Menteri, R Sivarasa berkata, Kerajaan Pusat dan negeri juga bersetuju menggunakan pendekatan sama berdasarkan kes-kes diputuskan mahkamah sebelum ini.

“Secara dasar, kedua-dua pihak sudah setuju berdasarkan prinsip yang diputuskan kes di mahkamah. Jadi kita bincang guna garis panduan itu untuk bantu kita selesai isu.

“Manakala Orang Asli juga akan guna prinsip sama untuk sediakan manakah kawasan yang mereka mahukan perlindungan,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Selain isu tanah Orang Asli, isu kemudahan air bersih dan pengurusan serta pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung juga turut dibincangkan dalam pertemuan sejam itu.

Sementara itu, pada sidang media sama, Mohd Amar berkata, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mempunyai pandangan sama iaitu mengiktiraf hak Orang Asli.


Malah, menurutnya, Kerajaan Pusat juga mengakui isu tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri dan tindakan pewartaan juga melibatkan cadangan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Alhamdulillah dari perbincangan itu banyak pada asasnya sama dalam isu Orang Asli. Cuma saya sebut di Kelantan ini kita tidak iktiraf tanah adat. Sebab tanah adat ini hanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

“Pihak kementerian juga telah minta JAKOA untuk turun ke padang semula untuk mengenal pasti adakah kawasan-kawasan tersebut sesuai ataupun tidak. Tapi untuk penetapan kedudukan Orang Asli, itu memang kita akui.

“Sebab itu kita ada kawasan penempatan Orang Asli, kita memang tidak ganggu. Jakoa yang akan angkat kawasan-kawasan ini kepada kerajaan negeri. Kita akan tengok, bila sudah selesai isu nanti kita akan wartakan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, kerajaan telah mewartakan 1,500 hektar tanah yang melibatkan tujuh perkampungan di hulu Kelantan iaitu Jeli dan Gua Musang. – Sinar Harian Online

Kategori