Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Hadir Majlis Berbuka...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah...

‘Assalam’ TV AlHijrah Kini...

MEMILIKI dua belas kru penerbitan wanita yang bertugas serentak dari dalam studio hingga...

Kolej Dari China Intai...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah...

LTTE: ADUN Gadek, 3...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan dan tiga...

Kelantan Nafi Sultan Muhammad V Letak Jawatan Agong

NAFI… Kerajaan PAS Kelantan hari ini memaklumkan tidak pernah menerima maklumat rasmi mengenai berita konon peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan media tempatan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan ura-ura yang tersebar dalam media massa sejak semalam, hanya khabar angin dan orang ramai tidak perlu mempercayainya.

Malah ujar beliau lagi, khabar angin itu adalah sebahagian usaha berterusan pihak tertentu tidak bertanggungjawab  untuk menjatuhkan maruah kerajaan PAS Kelantan disebabkan hubungan erat dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau kita baca dari segi politiknya, ini adalah sebahagian daripada usaha bagi jatuhkan maruah kerajaan negeri sebab ia tahu hubungan pihak kerajaan Kelantan dengan Yang di-Pertuan Agong ini adalah amat rapat.

“Jadi kalau boleh dikenakan sesuatu kepada Yang di-Pertuan Agong, maka akan dipalitkan sama kepada kerajaan negeri,” kata Mohd. Amar sebagai mengulas mesej tular dalam kalangan pengguna media sosial sejak semalam.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau mengesahkan bahawa Sultan Muhammad V sebenarnya hanya mengambil cuti selama dua bulan daripada sebarang urusan rasmi baru-baru ini atas keadaan faktor kesihatan baginda sendiri.

Beliau turut kesal kerana pihak berkuasa, terutama Peguam Negara membiarkan khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong tersebar tanpa tindakan dari dahulu sehingga sekarang.


“Perkara ini sudah lama berlaku, mula-mula ada satu, dua khabar angin, tetapi oleh kerana tiada tindakan maka orang menjadi semakin berani.

“Kita pun ingin tahu apa yang Peguam Negara buat sehingga orang boleh sebar macam-macam mengenai Yang di-Pertuan Agong.

“Sepatutnya Peguam Negara mengambil tindakan dan perhatian kerana kita bukan bercakap tentang seorang individu tetapi satu institusi,” kata Mohd. Amar lagi dalam nada agak kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori