Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Sesi Sekolah Tangguh Hingga...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak...

Piala FA: Arsenal Layan...

LONDON - Penyandang juara Piala FA, Arsenal menempah pertembungan menarik menentang satu lagi...

Sawah Atas Bumbung Di...

Beijing - Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter...

Ramai Teruja Lihat Gerhana...

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat teruja ketika menyaksikan fenomena gerhana matahari separa...

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas Hadir Mahkamah 17 Mei

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke mahkamah bagi membolehkan prosiding penarikan saman royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei ini, dapat diselesaikan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, prosiding yang diadakan 17 April lepas terpaksa ditangguhkan ke 17 Mei disebabkan tiada wakil Petronas dan kerajaan persekutuan yang hadir.

“Kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenainya (penarikan saman) disebabkan perkara itu hanya boleh diputuskan di dalam mahkamah…wakil daripada Petronas dan kerajaan persekutuan mesti hadir untuk kita kemukakan (penarikan saman) itu,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al Karim peringkat Antarabangsa 1440H/2019M di sini malam tadi, Ahmad berkata prosiding yang akan datang adalah pada bulan Ramadan dan semua pihak diharap dapat menghadirkan diri supaya urusan dapat dilaksanakan dengan baik sempena bulan yang mulia itu.

Penarikan saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan kerajaan persekutuan sebagai pencelah, hanya dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut.

Kategori