Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sebutan Semula Kes Rompak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes...

Treler Terbalik, Pemandu, Kelindan...

BENTONG - Pemandu dan kelindan treler maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan...

Nangka Gergasi Janji Hasil...

SERDANG - Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg...

Kisah Penyelam Sama Jumpa...

PANGKALAN BUN — Meskipun Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) bekerja keras menghantar...

Kerajaan Kelantan Haramkan Shisha, Karaoke

TEGAS… Kerajaan Kelantan bertindak haramkan shisha dan tempat karaoke sebagai sebahagian daripada usaha untuk bendung masalah sosial dalam kalangan belia negeri tersebut.

Akhbar Harakah, diterbitkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mentadbir Kelantan, melaporkan baru-baru ini bahawa pengharaman itu bertujuan bagi tangani gejala sosial dalam kalangan remaja daripada buruk.

“Mereka dikesan lepak beramai-ramai, berseronok sambil hisap sisha sehingga jam 2 pagi di premis sebegini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kesihatan Tempatan, Izani Husin seperti ditukil Harakah.

“Apabila mereka pulang lewat, mereka akan terdedah kepada aktiviti kurang sihat,” tambah beliau sambil dakwa bahawa tempat yang didapati langgar undang-undang itu boleh didenda atau digantung lesen operasi.

Kelantan merupakan sebuah negeri konservatif, ditadbir PAS sejak 1990. Pada tahun yang sama, kerajaan negeri mengharamkan snuker, billiard dan karaoke atas alasan tempat ini galak amalan maksiat dan perjudian.

Namun pada lewat 2005, premis-premis itu dibenarkan beroperasi di bawah syarat-syarat yang ketat. Sebagai contoh, lesen operasi karaoke diberikan kepada premis yang menyediakan khidmat kepada keluarga.


Tiada bilik khas dibenarkan di premis-premis sedemikian. Buat masa ini, tiada pawagam dibenarkan beroperasi di negeri itu, yang dipercayai akibat garis panduan ketat oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini termasuk tempat duduk berasingan bagi lelaki dan wanita, dan lampu terang semasa filem ditayang. PAS juga sedang bentang rang undang-undang di parlimen persekutuan untuk perkukuh kuasa mahkamah Syariah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori