Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Kutuk Serangan Di...

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan ke atas...

Tahniah Skuasy Wanita.. Lakar...

KUALA LUMPUR - Malaysia membuka lembaran baharu dalam sukan skuasy apabila buat pertama...

PM Kanada Sokong Israel,...

JUSTIN Trudeau mengecam kempen boikot terhadap Israel (BDS) yang digerakkan oleh pejuang hak...

2 Lagi Kematian Akibat...

SEOUL - Korea Selatan melaporkan dua lagi kematian akibat penularan virus Sindrom Pernafasan...

Kelantan Dijangka Terima Hujan Lebat November

KOTA BHARU – Kelantan dijangka menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember ini iaitu 45 peratus daripada 2,700 milimeter purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka tidak mengakibatkan banjir besar seperti yang berlaku pada 2014.

Beliau berkata walaupun data meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan baki jumlah purata taburan hujan tahunan ini agak membimbangkan namun mereka yakin banjir tidak akan seteruk seperti bencana besar pada 2014.

“Sebaliknya keadaan mungkin sama seperti tahun lalu,” kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Katanya mengikut ramalan hujan lebat akan berlaku di kawasan pantai pada bulan November dan beralih ke kawasan pedalaman seperti Kuala Krai dan Machang pada Disember.

Katanya 607 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menempatkan 198,000 mangsa banjir akan dibuka di seluruh Kelantan terutama sekitar jajahan Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas sebagai persediaan menhadapi banjir.


“Dari segi aset 207 bot disediakan selain 4,471 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dalam situasi bersiap siaga,” katanya.

Beliau berkata selain persiapan fizikal, pihaknya turut memohon supaya setiap masjid di Kelantan melakukan solat hajat dan berdoa supaya dijauhi musibah banjir.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata pihaknya menerima RM1juta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan RM300,000 daripada kerajaan negeri untuk persediaan bekalan makanan serta keperluan di PPS sebagai persiapan menghadapi banjir tahun ini.

Beliau berkata sebahagian bekalan makanan akan mula dihantar ke 207 pangkalan hadapan, 17 mini depot dan satu depot besar mulai hujung bulan ini. – BERNAMA

Kategori