Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Kaji Turunkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji menurunkan kos urusan haji menerusi penubuhan jawatankuasa...

Kumpulan Pertama Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA : Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh bagi sektor pembuatan,...

PKR Pecat Haziq Serta-Merta

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat serta-merta...

Daging Dari Brazil Bebas...

KUALA LUMPUR - Daging import dari Brazil yang berada di pasaran negara ini...

Kekal Semangat Juang Hadapi Cabaran Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat terus cekal dan kekal dengan semangat juang untuk tempoh yang mendatang bagi mengharungi cabaran pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah dan akan terus melakukan apa yang termampu untuk mengeluarkan negara daripada pandemik ini dan membantu rakyat yang terkesan.

“Jangan kita rasa lemah semangat dan mahu berundur atau tunduk kepada apa-apa cabaran berat yang sedang dihadapi negara. 

“Pastinya ini memerlukan kerjasama, sokongan dan bantuan sesama kita. Perjuangan atau peperangan besar seperti ini tidak mungkin berjaya tanpa pengorbanan besar daripada kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyertai Program Mega Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.

Program yang diadakan serentak di 89 PKRC seluruh negara secara maya itu turut disertai barisan Menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pimpinan tinggi kerajaan dan petugas barisan hadapan serta pesakit COVID-19 di PKRC.


Bacaan selawat dan doa anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim dan dua qari negara, Amir Rahman Abbas dan Ahmad Tarmizi Ali.

Perdana Menteri berkata, Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan beliau, Selasa lalu adalah harapan baharu yang akan diusahakan kerajaan, dengan kerjasama seluruh rakyat.

“Dengan doa dan selawat yang kita bacakan tadi, kita harapkan segala yang kita lakukan akan mendapat baraqah dan diberikan syafaat, serta diberikan semangat dan dorongan untuk kita mengharungi cabaran besar yang sedang dihadapi hari ini.

“Insya Allah, Allah akan membuka segala apa yang ada untuk menolong kita. Mudah-mudahan kita akan keluar daripada pandemik ini dalam tempoh tidak berapa lama lagi,” katanya. – BH Online

Kategori