Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nizar! Agama Bukan Sepatu...

KALAU semua perkara yang tidak menguntungkan dianggap bala, sampai bila pun kita tidak...

Seleweng Dana PRU14: Datuk...

PUTRAJAYA - Seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar "Datuk" dan enam pegawai tadbir...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KUANTAN - Mayat dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas mandi di kawasan perkelahan...

Malaysia Alami Cuaca Panas...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga...

Kejayaan Faiz Subri ‘Panadol’ Bola Sepak Negara – Annuar

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd. Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Fifa 2016 disaran agar dijadikan penyuntik semangat untuk membawa sukan bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.

Menyifatkan kejayaan tersebut sebagai ‘Panadol’ kepada bola sepak negara, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemain tersebut.

Baca: Faiz Dinobatkan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

“Saya fikir (kejayaan) itu telah mengharumkan sedikit nama negara dan menjadi satu Panadol kepada prestasi bola sepak negara yang berada pada ranking (rendah) yang terlalu jauh.

“Itu satu pencapaian yang baik dan saya harap itu dapat melonjak semangat pemain-pemain bola sepak profesional yang lain bahawa ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh dicapai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan seumpama itu boleh juga dicapai pemain tempatan lain jika mereka memperbaiki mutu permainan masing-masing. – BERNAMA

Kategori