Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengurusan Kes Juruaudio Kendali...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 November depan...

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

Nama Calon Pengerusi MARA...

PASIR PUTEH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Jangan Biarkan Anak-Anak Tinggal...

KUALA LUMPUR - Masyarakat dari semasa ke semasa sering dikejutkan dengan berita kematian...

Kejam…Tinggal Bayi Dalam Beg Plastik

TERGAMAK… Seorang bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di hentian bas berdekatan sebuah sekolah di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Bayi perempuan itu ditemui pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah.

Bayi berkenaan yang masih bernyawa ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain putih dengan tali pusatnya telah dipotong.

Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan selanjutnya.

Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan meneliti bahan bukti bagi mengenal pasti individu yang meninggalkan bayi malang itu di hentian bas.

Kejadian ini dikongsi PenangKini di laman sosial Facebook yang memaparkan video seorang wanita memegang bayi perempuan yang ditinggalkan di hentian bas.

Wanita itu cuba membalut bayi berkenaan kerana berada dalam keadaan kesejukan selain menyatakan terkejut dengan penemuan itu.


Netizen mengecam tindakan individu yang meninggalkan bayi itu dalam keadaan kesejukan dan mahukan tindakan sewajarnya diambil kepada individu yang terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata polis sedang melakukan beberapa semakan di klinik dan hospital berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti sama ada kawasan itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan siapa yang meletakkan bayi berkenaan di situ,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori