Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Warga Pakistan Dibunuh, Mayat...

KUALA LUMPUR – Mayat seorang peniaga jalanan warga Pakistan ditemukan tersumbat di dalam...

Tragedi MH17 Masih Segar...

SEPANG - Walaupun tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di...

Imigresen Perlis Lafaz Ikrar...

KANGAR - Tiga ratus anggota termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia melafazkan Ikrar Bebas...

Wow.. Bila Atlet Kita...

KITA sering kali melihat mereka dalam uniform pakaian sukan seperti yang dituntut oleh pekerjaan...

Kehadiran Di Parlimen Perlu Diberi Keutamaan

KUALA LUMPUR – Institusi Parlimen perlu dihormati dengan kehadiran penuh anggotanya sebagai lambang kesepaduan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau tidak memihak kepada sesiapa namun kehadiran wakil rakyat di Parlimen khususnya pada sesi perbahasaan harus diberi keutamaan.

“Biar sesibuk mana pun, sesi ini perlu dihormati. Seorang ketua majlis iaitu Perdana Menteri pun mengambil peduli dengan menjawab soalan pertama Ketua Pembangkang.

“Ia bukan hanya perlu diberi sokongan moral tetapi memperlihatkan kesatupaduan. Dalam hal ini saya fikir ketua majlis betul dalam memberikan komen dan perkara itu hendaklah diperbaiki oleh mereka sebelum kami mengambil alih,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.


Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak berpuas hati dengan kehadiran beberapa menteri dan timbalan menteri pada sidang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri dalam menjalankan tugas di Parlimen. – BH Online

Kategori