Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir di perairan Kedah dan Pulau Pinang dijangka berterusan...

Abdul Hadi Dipujuk Berundur...

Menurut satu sumber, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Modul Khas Dalam PLKN...

KUALA LUMPUR - Satu modul khas harus diwujudkan melalui Program Latihan Khidmat Negara...

Ini Antara Sebab Kenapa...

NAMPAK macam mudah je kan kerja sebagai seorang pelawak dan bintang komedi.Namun jangan...

Kegemilangan Harimau Malaya Di Istana Budaya

KUALA LUMPUR – Menjayakan babak perlawanan bola sepak untuk pementasan teater bukanlah sesuatu yang mudah, namun di OlaBola The Musical, penonton boleh menyaksikannya lengkap dengan ‘teknik video ulang tayang’.

Ia tidak ubah seperti menonton perlawanan bola sepak yang ditayangkan secara langsung di televisyen, penonton dapat menyaksikan detik-detik gol dijaringkan dalam gerak perlahan. Bezanya semua itu berlaku di atas pentas teater yang sama.

Menurut pengarahnya Puan Sri Tiara Jacquelina, itu antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan penonton menerusi teater muzikal adaptasi yang dipentaskan bermula 8 Februari sehingga 11 Mac ini.

Tiara berkata walaupun OlaBola The Musical itu bukan sentuhan pertamanya, misi menjadikan pentas Istana Budaya kepada ‘Stadium Merdeka’ merupakan cabaran terbesar lebih 200 kru produksinya sepanjang menjayakan pementasan tersebut.

“Saiz pentas Istana Budaya tidak sampai satu perempat pun berbanding saiz padang bola di stadium, pergerakan pelakon tidak boleh lari walau 1 milimeter. Sebarang kesilapan kecil boleh merubah segalanya,” katanya pada majis pratonton teater tersebut.

Tiara berkata teknologi pementasan digital baharu yang digunakan seperti latar belakang visual skrin besar LED, penayangan 180 darjah, pemetaan lantai digital, visual animasi, pencahayaan canggih dan bunyi sekeliling 360 darjah turut menaikkan suasana pentas.

Tambahnya teknik-teknik pentas dan pergerakan kreatif digunakan dalam menaikkan mood penonton bagi menampilkan babak perlawanan bola sepak dari sudut berbeza.

OlaBola The Musical, mempunyai jalan cerita yang sama seperti filem, OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena pada 2016, mengisahkan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya dan perjalanannya untuk layak ke Sukan Olimpik 1980.


Biarpun diterajui nama-nama baharu di pentas teater seperti Luqman Hafidz, Brian Chan, Melissa Ong dan Jian Wen namun mereka berjaya memainkan watak masing-masing dengan cemerlang.

Kredit harus diberikan kepada pelakon ledil Putra yang membawa watak Rahman, seorang pengulas sukan yang bersemangat kerana sentiasa memberi kesan di hati penonton setiap kali kemunculannya.

Penampilan pelakon komedi berpengalaman Douglas Lim juga berjaya mencuit hati penonton dengan aksi bersahajanya sebagai Uncle Wong.

Seperti filemnya, OlaBola The Musical mengekalkan mesej yang sama iaitu perpaduan, semangat setia kawan dan kerja sepasukan menerusi sukan bola sepak. – BERNAMA

Kategori