Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Kejam! Bunuh, Kerat...

MICHIGAN - Rasakan, mungkin hukuman penjara seumur hidup mungkin ke atas wanita warga...

Tanah Runtuh: Dihenti Lepas...

PULAU PINANG - Unit anjing pengesan polis (K9) akan dihantar untuk melakukan kerja-kerja...

PRK Chini: Mohd Sharim...

"TEKAD saya sebagai orang muda untuk teruskan legasi arwah ayahanda dan guru saya...

Yemen Tolak Pelan Damai...

ADEN – Kerajaan Yemen menolak pelan damai empat perkara untuk negara berkenaan yang...

Kedutaan Malaysia Di Indonesia Adakan Solat Hajat

JAKARTA – Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan turut menyertai jemaah untuk solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.

Solat hajat itu diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan tersebut, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.

Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.

Malaysia sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.- BERNAMA

Kategori