Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Dira Abu Zahar, Suami...

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul khabar angin mendakwa pelakon dan penerbit Dira...

Kes Gadis Mati Didera:...

KEMAMAN - Polis telah merakamkan percakapan lima individu termasuk jiran tetangga gadis yang...

Jumpa Shah Rukh Khan...

MUMBAI - Seorang peminat fanatik Shah Rukh Khan (SRK) membuktikan bahawa dia merupakan seorang peminat...

Imej DBKL Sebagai Lubuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mahu persepsi bahawa Dewan Bandaraya...

Kedudukan Teks ‘Truly Asia’ Dalam Logo TMM 2020 Dikritik

KUALA LUMPUR – Logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan semalam mendapat kritikan warga maya berikutan perkataan ‘Truly Asia’ yang dianggap berada pada kedudukan tidak sesuai.

Seorang pemilik akaun Twitter, Elida Bustaman yang memuat naik status dalam laman akaun media sosialnya berkenaan perkara itu menerima maklum balas sama daripada warga maya yang memberi komen kepada status tersebut.

“Saya nak support (sokong) tapi ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020’ itu triggers my inner grammar Nazi (mencetuskan sisi ‘Nazi’ tatabahasa saya.).

Who else is bothered by the weird text placement? (Siapa lagi yang terganggu oleh peletakan teks yang pelik?)” katanya.

Status itu telah menerima 830 ulang kicau dan 1,075 tanda suka setakat ini.


Rata-rata pengguna Twitter lain yang memberi komen kepada status itu bersetuju dengan status tersebut.

Ramai berpendapat teks tersebut sepatutnya ‘Visit Malaysia Truly Asia’, bukan seperti yang terletak dalam logo tersebut yang menyebut ‘Visit Truly Asia Malaysia’. – UTUSAN ONLINE

Kategori