Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Tunjukkan DAP...

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di masa lalu...

306 Sampel Kes Positif...

PUTRAJAYA: Sejumlah 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara...

Iklan Tawar Pembantu Rumah...

Pada zaman sekarang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melancarkan urusan rumah tangga adalah perkara...

Perut Terlalu Besar, Peminat...

Umum mengetahui pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata...

Kedah Bentang Belanjawan Realistik, Defisit Kurang Berbanding 2018

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH), hari ini membentangkan Belanjawan 2019 dengan anggaran defisit sebanyak 8.14 peratus berbanding 10.19 peratus pada 2018.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, defisit bagi Belanjawan 2019 dianggarkan berjumlah RM57.78 juta, manakala perbelanjaan mengurus bagi 2019 juga menunjukkan pengurangan sebanyak 10.61 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peruntukan perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM768 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM108 juta diperuntukkan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan,” katanya semasa membentangkan belanjawan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi perbelanjaan pembangunan pula kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM86 juta.

“Anggaran hasil pada 2019 adalah sebanyak RM710 juta, meliputi hasil cukai sebanyak RM295 juta, hasil bukan cukai RM215 juta dan RM200 juta bagi terimaan bukan hasil,” katanya.

Mukhriz berkata anggaran hasil itu dijangka lebih realistik untuk dicapai berbanding RM779.5 juta yang dianggarkan bagi 2018, namun sehingga 5 Nov lepas, jumlah hasil sebenar hanya RM475.35 juta iaitu 60.98 peratus sahaja.


Beliau berkata bersesuaian dengan falsafah ‘Bajet Berhemah Demi Kemakmuran Rakyat’ Belanjawan 2019 bagi negeri ini tidak bersifat luar biasa atau menakjubkan.

“Begitulah hakikat sebenar mengenai kedudukan kewangan negeri ketika ini, sebanyak itu sahaja wang yang kita ada, maka kita ambil pendekatan realistik dan berhemah dalam menguruskan perbelanjaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak mahu merangka belanjawan ‘syok sendiri’ dengan mengumumkan pelbagai projek mega dan peruntukan besar padahal dana untuk menunaikan janji-janji tersebut tidak mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Kategori