Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

NUFAM! Jika Tak Suka...

SEKALI lagi TAHNIAH! buat Kesatuan Anak-Anak Kabin Kebangsaan (NUFAM) yang sanggup membongkarkan kelemahan Malaysian...

34 Kes Hina Agama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama...

Sukan SEA: PM Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya...

Video: Selamba ‘Dia’ Berjalan-Jalan...

KEMAMAN - Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat 'pak belang' di...

Kecurian Motosikal Antara Jenayah Paling Tinggi Di Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU – Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kecurian motosikal direkodkan sebanyak 410 kes sejak Januari sehingga semalam berbanding 336 kes dalam tempoh sama, tahun lepas.

“Kes kecurian motosikal meningkat dalam dua bulan terakhir tahun ini. Kawasan yang menjadi tumpuan jenayah ini adalah sekitar Gelang Patah, Kangkar Pulai dan Nusa Bestari,” katanya kepada pemberita pada program High Community Policing peringkat IPD Iskandar Puteri, di pasar raya Mydin Mall Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata kebanyakan mangsa kecurian motosikal terbabit adalah golongan yang bekerja di Singapura dengan suspek menyasarkan aktiviti tersebut ketika mangsa sedang bekerja di republik tersebut.

Beliau berkata kes jenayah membabitkan lain-lain kecurian turut dilaporkan mengalami peningkatan daripada segi bilangan kes seperti kecurian di dalam pasar raya yang meningkat kepada 174 kes sejak Januari sehingga semalam berbanding 149 kes bagi tempoh sama, tahun lepas.


Katanya, bagaimanapun, secara keseluruhan kes jenayah di sekitar kawasan IPD Iskandar Puteri masih lagi terkawal.

“Kawasan di bawah IPD Iskandar Puteri masih lagi dilaporkan sebagai kawasan selamat untuk didiami dan saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak gusar dengan keselamatan di kawasan ini kerana ia masih lagi terkawal,” katanya. – BERNAMA

Kategori