Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Wira Negara Semporna...

Gara-gara kisah kematian ngeri anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna,...

Kylie Jenner Sahkan Dia...

Bintang Keeping Up With The Kardashian, Kylie Jenner mengesahkan dia telah menindik di...

Lelaki Hilang Ketika Memancing...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika keluar memancing bersama rakannya di...

Mustapa Mahu Tumpu Kelantan...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu memberikan tumpuan...

Kecoh Tulisan, Angka 2020 Pada Hati Ayam

KUPANG – Pihak gereja Sonaf Neka, Desa Huilelot, Kecamatan Semau, Pulau Semau, Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) gempar dengan penemuan hati ayam yang tertera angka dan huruf.

Insiden itu berlaku pada Isnin ketika pihak gereja terbabit sedang bermesyuarat tentang bajet 2019 dan persiapan menjadi tuan rumah acara keagamaan.

“Ayam tersebut dibeli di Desa Hansisi dari seorang penternak. Beberapa beberapa wanita sedang menyiapkan makan tengah hari untuk peserta dan ketika mahu mencuci ayam tersebut salah seorang penduduk ternampak tulisan pada hati ayam itu.

“Hampir semua tulisan itu terbalik. Sebagai contoh angka 2 ditulis terbalik menyerupai S atau 5. Tulisan itu kelihatan sama seperti angka 2020 untuk barisan pertama dan 10D2E01 pada baris kedua,” kata paderi Reverend Victor.

Menurutnya, pada mulanya mereka menyangka ia adalah cop atau tulisan yang terlekat.


“Ia dicuci berulang kali, namun tulisannya menjadi lebih jelas. Susulan itu, penduduk mengaitkan tulisan itu dengan tahun 2020 dan tarikh 1 Disember 2001 untuk baris kedua. Mereka jadi gusar, tetapi saya yakinkan mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, hati ayam tersebut kini disimpan dalam peti sejuk beku miliknya manakala ayam tersebut telah dimasak dan dihidangkan kepada jemaah gereja. – Kompas.com

Kategori