Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anthony Loke Dinamakan Menteri...

SEREMBAN – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini dinamakan...

Terbaru! Apple Perkenal iPhone...

BERITA baik buat pengemar warna merah saga kerana iPhone 7 dan iPhone 7...

Kastam KLIA Patahkan Cubaan...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

PM Sambut Baik Tawaran...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik tawaran Presiden...

Kecoh Botol Air Mineral Disangka Minuman Keras

JAKARTA – Kebencian umat Islam Indonesia terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama kerana hina al-Quran baru-baru ini sudah merebak kepada pelbagai isu berkaitan dirinya pula.

Apa sahaja perkara jelik dilakukan oleh beliau atau lebih dikenal sebagai Ahok yang kini bertanding lagi untuk mempertahankan semula jawatan dipegangnya itu tahun depan akan menjadi bahan oleh ramai netizen tempatan.

Terbaharu pengguna media sosial di Indonesia kecoh apabila tersebar foto memaparkan beliau yang juga etnik Cina beragama Kristian sedang gembira minum arak dengan beberapa pegawai kanan kerajaan dirakamkan tahun lalu.

Gambar tersebut malah menjadi topik paling trending di republik itu, menurut akhbar berpengaruh Kompas pada 29 November susulan imej buruk Ahok, 50, waima beliau bakal dihadapkan ke sebuah mahkamah tidak lama lagi.

Rupa-rupanya botol kaca berwarna hijau yang menjadi isu panas di Indonesia pada masa ini sebenarnya ialah air mineral jenama terkenal Equil tetapi disalah faham banyak pihak sebagai botol minuman keras ternama Heineken.

Terengganu Banjir, Rakyat Tak Perlu Cemas

Kompas mendedahkan, foto itu memaparkan Ahok dengan Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tito Karnavian yang waktu itu Ketua Polis Daerah Metro Jaya dan Ketua Jawatankuasa Pemandu Piala Presiden, Maruarar Sirait.

Ia dirakam di pejabat Balai Kota Daerah Khusus Ibukota pertengahan Oktober 2015, namun ‘dikitar semula’ ekoran kes kontroversi Ahok sehingga menyaksikan ratusan ribu mengadakan tunjuk perasaan pada 4 November lalu.

Mulanya netizen bernama Jack mendakwa, sikap biadap Ahok menghina Islam selain tindakan tegas beliau selama ini mengusir penduduk setinggan dan penjaja jalanan berpunca daripada tabiat kegemarannya meneguk botol arak.


Status dimuat naik menerusi laman Facebook pada 24 November lalu itu menjadi viral di Indonesia sebelum beberapa netizen memberi penjelasan ia sebetulnya air mineral yang sering dihidang dalam setiap program rasmi.

Kecoh Botol Air Mineral Disangka Minuman Keras

Malah seorang netizen bernama @wito_karyono dalam kicauan menerusi akaun Twitter memaklumkan bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri pernah dirakam minum air itu ketika mesyuarat Kabinet.

Pengguna media sosial lain bahkan menegur netizen anti-Ahok agar lebih rasional serta dapat membezakan botol Equil dengan penutup warna kuning, dan bukan putih yang lazim digunakan oleh jenama botol minuman keras.

Tidak kurang juga ada netizen memperbetulkan salah faham konon Equil merupakan produk import, walhal ia dihasilkan di Cimelati, dekat bandar Sukabumi, wilayah Jawa Barat dengan sumber air pula dari Gunung Salak.

“Air mineral itu memang segar dan dijamin si peminum tidak akan jadi mabuk,” jelas kicauan pengguna Twitter bernama @Yuliaa007 yang kebetulan berasal dari kawasan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori