Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Buntu Kenal...

SHAH ALAM - Polis Selangor mengakui pihaknya sehingga kini masih belum menemukan sebarang...

31,110 Pesalah Trafik Tegar...

JOHOR BAHRU - Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran...

‘Cybertrooper’ Pakatan Miliki Banyak...

KUALA LUMPUR - PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper' yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti...

Terbaik.. Cover Lagu Sakitnya...

SEJAK kebelakangan ini lagu penyanyi Indonesia, Cita Citata, yang berjudul Sakitnya Tuh Disini...

Kecoh Banyak Jubin Lantai Flat Di Singapura Meletup

SINGAPURA – Ramai penduduk flat awam yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di beberapa kawasan di sini mengadu jubin lantai rumah meletup pada hujung minggu lalu.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan bahawa kejadian aneh tersebut tular berlaku di kawasan perumahan HDB sekitar Punggol, Sengkang, Bukit Panjang, Woodlands, Hougang dan Jurong West.

Antara mangsanya ialah Bobin Thomas serta isteri dan dua lagi anak mereka terbangun selepas mendengar bunyi jubin lantai satu persatu ‘meletup’ di bahagian ruang tamu flat keluarga itu di Blok 638A Punggol Drive pagi Ahad.

Beliau dan isteri ternampak jubin lantainya membengkok ke dalam. Mereka kemudian segera meninggalkan rumah bersama-sama anak perempuan dan lelaki mereka yang masing-masing baru berusia dua tahun dan tujuh tahun.

“Jubin lantai mula membengkok ke dalam satu persatu seolah-olah ada kuasa ghaib menolaknya. Keadaan pelik itu seperti apa yang anda pernah tonton dalam filem mistik,” kata Thomas kepada agensi berita tempatan, MediaCorp.

“Kami memanggil anak-anak lalu meninggalkan flat kami,” kata jurutera teknologi maklumat berusia 35 tahun itu. Malah ketika mereka keluar dari rumah, Thomas berkata jubin lantai yang dipijak bergoyang dan tenggelam sedikit.

“Pada masa itu, kami hanya berfikir bangunan akan roboh. Tetapi, kemudian baru sedar bahawa hanya unit kediaman kami yang terjejas kerana tiada seorang pun jiran kami cuba meninggalkan rumah mereka,” katanya.

Thomas, yang menyewa flat tersebut kemudian segera memaklumkan pemiliknya, dan kemudian menghubungi pihak HDB. Perkara serupa juga kebetulan dialami oleh Zul Effandy dan keluarganya pada hari yang sama.


Beliau yang tinggal di Blok 185, Jelebu Road di Bukit Panjang, memberitahu bahawa beliau dan isterinya sedang menonton televisyen pada sekitar 8 malam apabila terdengar ‘bunyi retak’ dari bawah permaidani di ruang tamu.

Bunyi itu semakin kuat sehingga pasangan berkenaan terpaksa beralih dari tempat duduk mereka. Apabila bunyi tersebut berhenti, mereka kemudian menarik permaidani dan mendapati jubin lantai rumah yang “meletup”.

“Kami bimbang kalau ia akan berlaku lagi. Kami tidak tidur nyenyak pada malam itu,” tambah beliau. Zul malahan mengatakan bahawa ini kali pertama kes jubin lantai rumahnya itu retak sejak beliau berpindah pada tahun 2000.

MediaCorp menghubungi pihak HDB, Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol dan Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang untuk mendapatkan komen tetapi setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi berhubung siri insiden itu.

Tan Chim Hoon, penasihat di Persatuan Kontraktor dan Pembekal Bahan Singapura, mengatakan bahawa mutu kerja kurang baik mungkin punca keretakan berlaku. Namun, cuaca sejuk juga mungkin antara faktor penyebab.

“Sekarang, cuaca kadang kala sangat sejuk atau panas. Dan ada sedikit gegaran. Jadi ini menyebabkan jubin lantai tiada ruang untuk berkembang. Justeru, jubin lantai bergelembung,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori