Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kristian AS Sumbang AS$65...

GOLONGAN Kristian Evangelical di Amerika Syarikat telah menyumbang sehingga AS$65 juta untuk projek...

Osman: Saksikan Kejatuhan Presiden...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PEPERANGAN dan kesengsaraan adalah umpama aur dengan tebing –...

10,052 Kes Covid-19, 15,893...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan dengan 10,052 kes termasuk 21 kes...

BNM Keluarkan Duit Syiling...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena...

Kecoh Apabila Jari Patung Purba China Hilang

KEHILANGAN satu jari milik patung purba tentera Terracotta China berusia 2,000 tahun ketika ia dipamerkan di sebuah muzium di Amerika Syarikat, telah mengundang kemarahan rakyat China.

Ramai yang mendesak supaya pencuri itu dikenakan hukuman berat kerana patung itu dianggap sebagai sangat berharga dan tentera terracotta menjadi lambing keagungan Maharaja China pertama, Qin Shi Huang.

Kejadian pelik tersebut mengakibatkan penduduk China mempersoalkan kenapa patung itu perlu dipinjamkan kepada Amerika Syarikat.

Mereka juga mendesak supaya muzium di Pennsylvania itu membayar ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku kepada patung tersebut, yang dianggarkan bernilai AS$4.5 juta dolar.

Malah ada penduduk China yang mencadangkan supaya jari pencuri patung itu juga dipotong.

Dalam pada itu, pencuri terbabit, Michael Rohana, 24, telah ditahan selepas FBI berjaya mengesannya di rumahnya di Delaware.

Jari yang dipatahkan oleh Michael itu disimpan di dalam laci di rumahnya.

Kejadian itu berlaku ketika muzium terbabit mengadakan pameran 10 patung purba dan 170 artifaks dari zaman dinasti Han, mulai September tahun lepas hingga 4 Mac ini.


Malangnya Michael berjaya menyelinap ke dalam bilik pameran itu dan merakamkan swafoto dengan patung tersebut sebelum mematahkan salah satu jari patung itu dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Dia kemudiannya beredar dari situ bersama dengan rakan-rakannya.

Micahel ditangkap kerana mencuri hasil seni terbesar di muzium itu namun dibebaskan dengan ikat jamin $15,000.

Susulan itu, pakar-pakar akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk membantu membaiki patung terbabit dan kerajaan China juga sudah memulakan proses menuntut ganti rugi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori