Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hudud Tidak Terpakai Di...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menterinya yang baharu Datuk Amar...

Umrah: Kerajaan Dapatkan Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan...

Terengganu Utama Sektor Pendidikan...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu akan memberi tumpuan  lebih kepada  bidang  pendidikan...

Kes Bunuh, Bakar: Pengawal...

KUALA LUMPUR : Pengawal keselamatan yang ditahan berkaitan kes bunuh dan bakar seorang...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin, 32, ini memberitahu perkara itu tidak benar sama sekali malah dia tidak mempunyai simptom hamil.

“Tidak benar (hamil), saya tidak periksa kerana tiada simptom-simptom hamil pun,” katanya.

Selasa lalu, berita kehamilan Amyra tersebar selepas didakwa telah didedahkan oleh aktres Julia Ziegler di laman sosialnya.

Bagaimanapun, menurut Amyra, terdapat salah faham menerusi foto berkenaan yang sebenarnya menjelaskan bahawa Julia Ziegler yang bakal menimang cahaya mata.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang reaksi suaminya Amar Baharin berkaitan hal itu, Amyra berkata, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu hanya terkedu.

Selain itu, menjawab soalan tentang cahaya mata lelaki atau perempuan yang diinginkan jika dia benar-benar hamil, Amyra berkata dia mahu kedua-duanya.


Malah, dia tidak meletakkan sasaran berapa ramai jumlah anak yang dimahukan.

“Tidak kisah berapa ramai, selagi termampu,” ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 10 bulan. – mStarOnline

Kategori