Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Umum Azhar Sebagai...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk...

Tiada Bukti Kukuh Wujud...

SEMPORNA - Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara...

Operasi Antarabangsa Rampas 20.1...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan semakin meningkat setakat...

Kebenaran Mengedar, Bukan Beroperasi

KEBENARAN mengedarkan stok sedia ada dan bukannya kebenaran beroperasi.

Itu penjelasan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid mengenai surat pengecualian bagi operasi sektor pembekalan makanan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberikan kepada kilang minuman keras Heineken seperti yang tular di media sosial.

Katanya, pengurusan kilang memohon kepada pihaknya untuk mengedarkan stok yang sudah sedia ada ketika PKP dan kelulusan diberikan berdasarkan pengedaran dan bukannya operasi.

Menurutnya, kementeriannya dimaklumkan mengenai jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM340 juta dan mengambil kira kepentingan semua pihak, maka kelulusan pengedaran stok terbabit diberikan.

“Ada laporan mengatakan menteri dan saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, itu tidak betul, kami tahu.

“Apa yang berlaku ialah mungkin orang ramai salah faham mengenai surat yang tular itu. KPDNHEP tidak ada kuasa memberi kebenaran beroperasi, itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya kepada Harian Metro.


Pada sidang media hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membatalkan kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang berkenaan.

Katanya, MITI akan mengeluarkan surat mengenainya serta merta.

Ia susulan isu berkenaan tular di media sosial dan mengundang reaksi pelbagai pihak yang mahu kerajaan memberikan penjelasan mengenainya. – myMetro Online

Kategori