Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Gempa Kuat Melanda Kepulauan...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Richter...

Malaysia Tuai Emas, Perak...

SKUAD wanita negara melakar sejarah apabila menuai pingat emas dan perak dalam acara 3...

Bapa Arwah Adib Hantar...

KUALA LUMPUR - Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan mengemukakan representasi...

Pindaan Kontroversi Akta Kahwin...

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian 2017...

Kebanyakan Negeri Beralih Fasa 4 PPN Seawal Oktober

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke Fasa Empat, iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal Oktober ini.

Ketika memberi penerangan mengenai PPN pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan usaha berterusan kerajaan untuk menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang kini sedang berjalan lancar.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata, selain memantau secara rapi keadaan di setiap negeri dari semasa ke semasa dan mengambil langkah intervensi mengikut keperluan, kerajaan juga akan tetap melaksanakan penilaian risiko dari segi kesediaan negeri-negeri untuk beralih ke fasa seterusnya.

“Saya juga ingin jelaskan, kerajaan sudah memutuskan pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara, bagi negeri yang sudah berada di fasa kedua, ia tidak akan kembali ke fasa pertama.

“Begitu juga dengan negeri yang beralih ke fasa ketiga, tidak akan patah balik ke fasa kedua.

“Ini kerana, pendekatan PPN menekankan dengan izin, exit strategy and no turning back (strategi keluar dan tidak berpatah balik),” katanya. – BERNAMA

Kategori