Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dewan Ulamak PAS Bantah...

Berikutan rancangan kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh seramai 1.5 juta orang...

SPRM Digesa Siasat Guan...

GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat...

TPM Rasmi Persidangan UMNO...

JELEBU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Polis Bongkar Makmal Dadah,...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan...

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah jiran tertuduh di Jalan Datuk Keramat, yang telah dimuat turun dalam pemacu pena.

Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Asisten Superintendan Saiful Azhar Rahim berkata beliau telah memuat turun rakaman CCTV tersebut yang telah dirakam di dekoder bertarikh 14 September 2017 bermula pukul 12.25 pagi hingga 7 pagi ke dalam pemacu pena berkenaan.

“Saya telah menyerahkan pemacu pena yang mengandungi rakaman CCTV hasil muat turun dari dekoder yang saya rampas kepada ASP Rico Tay (Penolong Penguasa Polis Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Tay Chew Thwa@Rico Tay) pada 19 September 2017, 3 petang, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua tahun lepas.

Julia: Semasa memuat turun rakaman CCTV tersebut ke dalam pemacu pena, ada tak buat penyuntingan?

Saiful Azhar: tiada

Terdahulu, Saiful Azhar yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Risikan dan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju sejak 1 April 2014 hingga 31 Mac 2019 berkata beliau yang mengetuai sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Datuk Keramat dan merampas dekoder berserta satu kabel pada 17 Sept 2017 untuk siasatan lanjut.

Saksi pendakwaan ke-67 itu berkata barang yang dirampas itu kemudiannya dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju sebelum dimuat turun ke dalam pemacu pena.


Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Kedua-dua tertuduh yang kini berumur 18 tahun masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada 24, 25 dan 26 September ini.

Kategori