Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Air Mentah: Perak,...

IPOH : Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan...

Selangor Tuai Hasil Kedua...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menuai...

Pelajar Rugi RM110,000 Ditipu...

KUCHING – Seorang pelajar menanggung kerugian RM 110,000 selepas terpedaya dengan panggilan anggota...

MBK Sedia Tambah Anggota...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya...

Kebakaran Pasar Dato Keramat: Kaunter Pusat Bantuan Dibuka

KUALA LUMPUR – Kaunter pusat bantuan Persatuan Penjaja Pasar Dato Keramat bagi membantu peniaga Pasar Dato Keramat yang terjejas selepas premis pernigaan mereka di pasar itu dijilat api petang semalam, akan dibuka 10 pagi ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata kaunter berkenaan dibuka di kawasan kebakaran bagi mengumpul maklumat mangsa untuk tujuan menyalurkan bantuan.

“Mangsa perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan mengumpul maklumat apa yang mereka rugi untuk mendaftar di kaunter berkenaan sebelum sebarang bantuan disalurkan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai penempatan bazar Ramadan peniaga pasar itu, Rina berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya difahamkan mereka (peniaga) hendak membuka bazar Ramadan dan kini premis mereka terbakar maka mereka memerlukan penempatan baharu untuk berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Nardim Awang mewakili perdana menteri menyampaikan bantuan wang ihsan kepada peniaga Pasar Dato Keramat yang terjejas.


Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang turut melawat pasar berkenaan malam tadi, berkata status tanah tapak perniagaan Pasar Dato Keramat akan dibincangkan bersama pemaju dalam masa terdekat.

“Perkara ini (status tanah) akan dibincangkan bersama pemaju tapak pasar berkenaan dalam tempoh terdekat, kita akan capai satu keputusan,” katanya.

Semalam, lebih 40 deretan kedai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar dalam kejadian petang semalam namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. – BERNAMA

Kategori