Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kluster Baharu Covid-19 Di...

PUTRAJAYA - Kluster Batu, Perak dan Kluster Ramai-Ramai, Sabah merupakan kluster wabak koronavirus...

Sultan Selangor Dukacita Dakwaan...

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat...

Sultan Malaysia, 20 Pengikut...

DICEKUP... Seorang lelaki yang gelar dirinya Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain...

Laluan ECRL Diubah Semula...

PUTRAJAYA - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan...

Kebakaran, Letupan Di Longgokan 270 Tong Bahan Kimia

KUALA SELANGOR – Satu kebakaran dan letupan dipercayai membabitkan beberapa tong bahan kimia berlaku di Jalan Kapar, Batu 16, Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd, berkata pusat gerakan operasi selangor menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 3.29 pagi.

Dua pasukan bomba dari balai Kuala Selangor dan Kapar dengan kekuatan 15 anggota kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pemeriksaan mendapati letupan melibatkan longgokan 270 tong bahan kimia yang ditinggalkan di kawasan lapang berkenaan.

Pihak bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada jam 5.58 pagi dan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Kawasan itu terletak jauh dari kawasan penempatan, namun pihaknya dimaklumkan seorang penduduk mengadu loya serta muntah dan sudah dirujuk ke hospital.


“Sekarang ini pihak kami sedang melakukan kerja overhaul bagi menentukan supaya tidak ada berlakunya sebarang kebarangkalian untuk letupan itu berlaku. Pemadaman kebakaran dilakukan pelbagai agensi dengan dibantu oleh pihak SMART Selangor seramai lapan anggota dan Balai Bomba Kapar 8 termasuk saya dan pegawai kanan.

“Ada anggota yang telah dibawa ke pusat kesihatan berdekatan. Setelah membuat pemeriksaan anggota terbabit dalam keadaan stabil, jarak perumahan dalam lingkungan 200, 300 meter,” katanya.

Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Selangor akan membina parit sementara di sekitar kawasan kebakaran bahan kimia yang berlaku awal pagi tadi .

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pihaknya juga menunggu penilaian oleh Unit Kualiti Alam Sekitar sebelum melupuskan sisa bahan kimia itu.

Kategori