Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Pelancong Malaysia Selamatkan...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Bencana gempa bumi berukuran 7.8 pada...

Bacaan Yasin Memperingati Allahyarham...

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ratusan orang hadir di Masjid Ar-Rahah,...

Bawa Keluar Enjin Pesawat...

Kuala Selangor - Komponen dipercayai enjin pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

PRK PD: Status Anwar...

TULAR... Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya digesa segera menjelaskan status pengampunan penuh...

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

KUALA LUMPUR – Sudah semestinya melancong ke luar negara adalah perkara paling akhir atau langsung tiada dalam pemikiran anda buat masa ini.

Tumpuan pastinya kepada keselamatan diri dan keluarga daripada malapetaka penyakit Covid-19.

Didoakan semoga anda semua berada dalam rahmat tuhan dan dijauhkan dari segala bala.

Namun, Insya’Allah, apabila semua ini berakhir, anda mungkin mahu melancong ke negara lain bagi melepaskan tekanan atau tension terutama setelah melalui tempoh berminggu-minggu di bawah perintah kawalan pergerakan.

Apa kata kami mencadangkan anda melawat negara Taiwan nanti dan mengikuti trip yang diatur Five Estecs Travel ke sana.

Lebih menarik, anda boleh pergi bersama Mira Filzah yang merupakan duta khas pihak Pelancongan Taiwan.


Sebenarnya, program ke Taiwan bersama Mira asalnya dirancang Jun ini, namun dijadual semula ke November tahun ini, bersempena cuti sekolah.

Pengarah Urusan Five Estec, Sharizan Mohd Saad berkata, mereka yang merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas musim Covid-19 berlalu, boleh mula dari sekarang.

“Jaminan pemulangan wang akan diberikan sekiranya ada pembatalan oleh pihak penerbangan atau keadaan semasa pada masa hadapan,” katanya di sini baru-baru ini.

Hubungi 01798801400126912857 bagi mendapatkan maklumat lanjut. – Mynewshub.TV

Kategori