KDNK Suku Pertama Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, melepasi jangkaan penganalisis sebelum ini pada 4.3 peratus.

Bagaimanapun, pertumbuhan itu lebih perlahan berbanding suku pertama 2018 pada 5.3 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2019 itu disokong pertumbuhan penggunaan swasta yang kukuh.

“Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka kekal mencatat pertumbuhan kukuh dengan permintaan sektor swasta juga dijangka kekal menjadi pemacu pertumbuhan di sebalik perbelanjaan sektor awam,” katanya dalam pembentangan prestasi KDNK suku pertama 2019 di sini hari ini.

BNM mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Loading...