Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inovasi Kasut Paling Hebat...

HEBAT.. masyarakat inovatif pasti akan selalu memikirkan pembaharuan yang perlu dihasilkan untuk kegunaan...

Golongan Terjejas Diberi Pilihan...

SHAH ALAM - Golongan B40, individu kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro serta Perusahaan...

Suami Nora, Johan Nawawi...

PETALING JAYA - Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal...

Bantu Warga Emas, Pemandu...

SEORANG pemandu bas di China menjadi perhatian netizen negara itu kerana kemurnian hatinya...

KDNK Singapura 2018 Gagal Capai Ramalan

MEROSOT… Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus pada tiga bulan terakhir 2018, iaitu rendah sedikit berbanding suku sebelumnya, menurut laporan media tempatan hari ini.

Keadaan tersebut sekali gus gagal tepati ramalan para pakar ekonomi antarabangsa, setelah unjuran awal rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI) pada 2 Januari.

Berdasarkan unjuran awal suku keempat, yang sebahagian besarnya dikira berdasarkan data dikumpul pada dua bulan pertama suku itu, rendah sedikit berbanding jangkaan pasaran iaitu 2.3 peratus.

Ia juga rendah sedikit berbanding pertumbuhan 2.3 peratus yang dicatat pada suku sebelumya. Ia disesuaikan mengikut musiman dari suku ke suku, dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Singapura.

Ekonomi republik itu tumbuh pada rentak yang lebih perlahan iaitu 1.6 peratus, lebih rendah berbanding ramalan pasaran iaitu 3.2 peratus dan merosot dari pertumbuhan 3.5 peratus yang dicatatkan dalam suku ketiga.

Perangkaan itu dikeluarkan dua hari selepas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam Amanat Tahun Baharunya bahawa konon ekonomi Singapura catat pertumbuhan stabil iaitu 3.3 peratus pada tahun lalu.


Pemimpin itu mendakwa KDNK republik tersebut juga kononnya hampir sama dengan pertumbuhan 3.6 peratus pada tahun 2017 dan melepasi jangkaan pakar ekonomi global.

Pada 2019, KDNK Singapura diramal tumbuh antara 1.5 hingga 3.5 peratus, tambah Hsien Loong. Namun, beliau beri amaran tentang keadaan ekonomi sejagat tidak menentu di tengah-tengah konflik perdagangan kian serius.

Juga cabaran pasaran kewangan antarabangsa menunjukkan tanda-tanda kurang stabil dan pertumbuhan ekonomi Singapura pula diramal lebih perlahan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori