Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Suhaimi Sabudin Ikrar Terus...

PERMATANG PAUH - Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin berikrar untuk terus berkhidmat...

Bank Miliki Fleksibiliti Untuk...

KUALA LUMPUR – Pihak bank memiliki fleksibiliti untuk menentukan sumber pendapatan dan hutang...

KAFA Akui Belum Mampu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengakui belum mampu untuk  melunaskan...

Sediakan Peluang Kerja Kepada...

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye hari ini meminta...

KDNK 2017 Bukti Ekonomi Kukuh Bawah Kerajaan BN

KUALA LUMPUR – Masihkah anda ingat propaganda yang disebarkan pada tahun lalu kononnya Malaysia bakal muflis kerana kedudukan kewangan negara didakwa lemah?

Propaganda yang disebar luas itu jelas antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.

Selepas lebih lebih dua bulan PRU-14 berlalu, Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini berjaya melengkapkan laporan prestasi sebenar ekonomi Malaysia bagi tahun 2017.

Ironinya, laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia tersebut membuktikan kepercayaan pengundi PRU-14 kononnya ekonomi Malaysia ketika itu lemah ternyata meleset.

Berdasarkan laporan berkenaan, ekonomi Malaysia disahkan terus berkembang pada tahun 2017 dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa mencapai nilai RM1,353.4 bilion.

Malah, pencapaian ekonomi Malaysia dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan peningkatan 9.9 peratus berbanding RM1,231.0 bilion pada tahun sebelumnya.

“Ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2017 dengan nilai KDNK pada harga semasa telah mencapai nilai RM1,353.4bilion
(2016: RM1,231.0 bilion) dan meningkat 9.9 peratus.

“Pengembangan KDNK diterajui oleh Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang merekodkan RM813 bilion (2016: RM732.6 bilion) sementara Pampasan Pekerja (PP) berjumlah RM475.7 bilion, peningkatan RM41.7 bilion daripada tahun 2016,” kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berikut laporan penuh Jabatan Perangkaan Malaysia berhubung KDNK Malaysia pada tahun 2017:

PRESTASI KESELURUHAN 2017

Ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2017 dengan nilai KDNK pada harga semasa telah mencapai nilai RM1,353.4 bilion (2016: RM1,231.0 bilion) dan meningkat 9.9 peratus. Pengembangan KDNK diterajui oleh LKK yang merekodkan RM813.0 Bilion (2016: RM732.6 bilion) sementara PP berjumlah RM475.7 bilion, peningkatan RM41.7 bilion daripada tahun 2016. Cukai Tolak Subsidi keatas Pengeluaran dan Import kukuh pada RM64.7 bilion (2016: RM64.4 bilion).

LKK kekal sebagai penyumbang terbesar dalam komponen pendapatan dengan 60.0% (2016: 59.5%) dan mencatatkan pertumbuhan dua digit 11.0% berbanding 4.7% pada tahun sebelumnya. Sumbangan PP kepada ekonomi Malaysia mencatatkan 35.2% dan berkembang kepada 9.6% (2016: 7.7%) dimana sebahagian besarnya didorong oleh sektor Perkhidmatan dan Pembuatan. Cukai tolak Subsidi keatas Pengeluaran dan Import telah membentuk 4.8% (2016: 5.2%) dari keseluruhan pendapatan dengan pertumbuhan marginal 0.5% selepas mencatatkan 15.7% pada tahun sebelumnya.

PAMPASAN PEKERJA


Perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan PP Malaysia dengan menjana 60.0% (2016: 60.7%). Sementara itu, sumbangan Pembuatan berkembang kepada 23.2% berbanding 22.7% pada tahun sebelumnya. Pembinaan menyumbang sebanyak 10.1%, diikuti oleh Pertanian dan Perlombongan & pengkuarian yang masing-masing menyumbang 4.9% dan 1.8%.

PP terus merekodkan pertumbuhan yang kukuh iaitu 9.6% pada 2017, sebahagian besarnya didorong oleh Perkhidmatan yang meningkat kepada 8.5% berbanding 7.7% pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan dua digit dalam Perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan pada 12.0% telah menerajui PP dalam Perkhidmatan. Pembuatan merekodkan peningkatan 11.7% berbanding 6.2% pada tahun lepas. Pertumbuhan dua digit ini didorong oleh Produk Elektrik, elektronik & optikal yang meningkat kepada 11.5% khususnya dalam komponen elektronik dan produk elektronik pengguna.

Pembinaan kekal kukuh dengan mencatatkan 8.9% berbanding 10.1% pada 2016. Momentum yang kukuh bagi PP dalam sektor ini disokong oleh aktiviti kejuruteraan awam. PP bagi Pertanian meningkat daripada 9.8% kepada 13.4% pada 2017 terutamanya didorong oleh aktiviti kelapa sawit.

Perlombongan & pengkuarian juga merekodkan pertumbuhan dua digit dengan berkembang 15.7% berbanding 5.6% pada tahun sebelumnya.

LEBIHAN KENDALIAN KASAR
Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi, Perkhidmatan menyumbang 51.0% kepada jumlah LKK pada 2017. Ini diikuti oleh Pembuatan dengan sumbangan sebanyak 22.4%. Sektor Perlombongan & pengkuarian dan Pertanian masing-masing menyumbang 13.8% dan 11.1%. Sementara itu, Pembinaan merekodkan sumbangan terendah sebanyak 1.7%.

LKK meningkat kepada 11.0%, melepasi pertumbuhan ekonomi 9.9% disokong oleh perkembangan dalam kesemua sektor.

Perkhidmatan mengukuh kepada 8.7% berbanding 6.3% pada 2016. Pertumbuhan ini disebabkan oleh pertumbuhan dua digit 10.2% dalam Perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan.

Pembuatan meningkat kepada 12.4% dirangsang oleh pertumbuhan kukuh 15.8% dalam Produk petroleum, kimia, getah & plastik. Pertumbuhan ini disokong oleh Makanan, minuman & tembakau yang pulih kepada 20.8% (2016: -5.7%).

Momentum LKK dalam Perlombongan & pengkuarian meningkat kepada 17.7% daripada pertumbuhan marginal 0.3% yang direkodkan pada tahun lepas disumbangkan oleh harga petroleum yang lebih tinggi pada 2017. Begitu juga, Pertanian merekodkan pertumbuhan dua digit 11.5%, sementara Pembinaan meningkat kepada 5.9% daripada 0.1% pada tahun sebelumnya didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam aktiviti kejuruteraan awam.

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Kategori