Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PN Menang Kerusi Bemban

MELAKA : Perikatan Nasional (PN) memperoleh satu lagi kerusi di Dewan Undangan Negeri...

Landasan Tren Hubung Songkhla-Pulau...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat Malaysia telah mengemukakan cadangan untuk membina landasan kereta...

Betul Ke Kroni Tun...

DALAM pada ramai yang mempertikaikan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Video: Nick Carter...

SIAPA yang tidak mengenali boyband terkenal, Backstreet Boys..Walaupun masing-masing kini sudah mula senyap...

KDN Terima Keputusan Sabah Batal PSS

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Sabah berhubung pembatalan Pas Sementara Sabah (PSS).

Menerusi satu kenyataan hari ini, KDN menjelaskan cadangan pelaksanaannya adalah persetujuan bersama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk).

Menurutnya, KDN mengambil maklum keputusan kerajaan Sabah membatalkan PSS melalui Mesyuarat Kabinet Negeri pada 22 Januari lalu selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa tindakan penyelesaian mengenai isu pelarian di Sabah adalah komitmen bersama kerajaan Sabah dan Pusat yang mesti dilaksanakan secara berterusan dengan lebih teliti dan berhati-hati tanpa menjejaskan hak-hak warganegara, kepentingan dan keselamatan rakyat Sabah,” kata kenyataan tersebut.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan PSS dibatalkan selaras dengan kehendak dan suara rakyat Sabah.


PSS adalah dokumen baharu yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada pendatang bagi menggantikan tiga dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Wujud kebimbangan PSS akan menjadikan pendatang mendapat kewarganegaraan Malaysia dan menjadi lebih ramai daripada penduduk tempatan. – Sinar Harian

Kategori