KDN Masih Belum Terima Laporan Suhakam

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima laporan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai polis terlibat dengan ‘kehilangan’ pastor Raymond Koh dan aktivis, Amri Che Mat.

Kata menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosuder itu perlu diikuti sebelum keputusan kes itu disiasat semula dilakukan menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Kita harap Suhakam akan mengemukakan laporan yang beliau telah siapkan secara rasmi kepada pihak kita dan biasa sampai ke Perdana Menteri jadi kita nak tunggu itu dulu dan akan kaji dan teliti jika ada keperluan yang agak tertentu.

“Disebab laporan itu, maka kita boleh buka semula kes kita kalau diizinkan oleh pihak pendakwa raya dan selepas tu kita akan lihat balik, itu tertalkluk kepada persetujuan dari pihak pendakwa raya, setakat ini belum terima kaporan rasmi lagi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Suhakam dan mahu suruhanjaya itu melakukan siasatan secara profesional.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Suhakam perlu mengemukakan bukti mengenai dakwaan kehilangan pastor Raymond dan Amri. – MalaysiaGazette

Loading...