Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakar Sejarah Rusia Sakit...

RUSIA – Pakar sejarah Rusia yang juga digelar sebagai genius, Anatoly Moskvin, 46,...

Ulas Bicara Zahid, Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai...

Tinggalan Rangka Manusia Gergasi...

MELAKA - Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai...

Polis Buru Lelaki Siar...

CLEVELAND - Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyiarkan dirinya membunuh seorang lelaki...

KDN Dijangka Lawat Semua IPK Negeri

KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka melawat semua negeri bagi melihat keperluan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri masing-masing

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pengumpulan data mengenai keselamatan dan perancangan masa depan semua IPK negeri akan membolehkan kementerian itu membantu dalam memastikan operasi jabatan itu berjalan lancar.

“Perlu untuk kita turun ke bawah dan melihat keadaan supaya mudah bagi kita di peringkat kementerian untuk memperjuangkan peruntukan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat IPK Sabah di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Mohd Azis mendengar taklimat keselamatan dan perancangan pembangunan IPK Sabah oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Timbalan Menteri itu juga melawat tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu di sini yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

Turut serta pada lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Che Murad Sayang Ramjan. – BERNAMA

Kategori