Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Iskandar Perlu Cabar Diri...

KUALA LUMPUR - Juara badminton kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin perlu mempunyai kemahuan tinggi...

Rakan Kongsi Dakwa Haris...

BARU-BARU ini dikatakan pelakon dan penyanyi Harris Baba didakwa telah menganiaya seorang bekas...

Guru Rebah Di Sekolah,...

KUCHING - Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Perlukah PKR Terus Laungkan...

TAHUN 2018 ini genap 20 tahun bermula gerakan yang dinamakan reformasi ataupun Reformasi...

KBS Cari Jalan Tengah Selesai Isu Kinrara Oval

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan semua pihak yang berkenaan bagi mencari kata sepakat untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan Akademi Oval Kinrara.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata walaupun ketika ini isu yang melibatkan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dengan pemaju itu sedang hangat, namun pihak kementerian memberi jaminan bahawa peminat dan pemain sukan itu akan dapat menikmati permainan seperti biasa.

“Saya sudah menemui pemaju dan juga wakil MCA, kita perlu mencari kata sepakat berhubung isu ini, walaupun ia kini sudah menjadi kes mahkamah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama kempen InvestSmart Fest 2018.

Persatuan Kriket Malaysia (MCA) sebelum ini diberi notis untuk mengosongkan venue berkenaan, yang disifatkan sebagai ‘rumah sendiri’ bagi persatuan itu, pada hujung bulan ini oleh pemilik tanah, yakni syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Puchong, Kinrara Housing Bhd.

Sementara itu merujuk kepada Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Syed Sadiq berkata pihaknya tidak akan membayar walau satu sen sekalipun kepada kerja membaiki 800 kerosakan yang dikenal pasti di akademi itu, kerana ia masih dalam tempoh jaminan kerosakan dua tahun.


“Saya dimaklumkan bahawa walaupun selepas jurulatih membuat aduan mengenai kerosakan itu, tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikannya. Jabatan kerja Raya telah tampil dalam kes ini, dan saya percaya ia akan dibaiki,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori