Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apahal Lan Pet Pet...

KUALA LUMPUR - Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai...

Polis Pelatih Kes Pertama...

SEORANG pelatih konstabel lelaki polis, Azizan Ayon, 23, dilaporkan menjadi mangsa pertama kes...

MAF Pertingkat Kempen Kesedaran...

KUALA LUMPUR – Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiatkan kempen kesedaran HIV dan...

Samsung SDI Bina Kilang...

SEREMBAN: Pengeluar bateri dan bahan elektronik Korea Selatan, Samsung SDI Co Ltd menerusi...

Kawasan Lombong Terbiar Disaran Dibangunkan Dengan Projek Bermanfaat

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan supaya tanah-tanah lombong yang terbiar di negeri ini dilihat semula agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tengku Abdullah bertitah ia termasuk menukarnya menjadi kawasan pertanian atau pelancongan yang secara langsung dapat memberi faedah kepada rakyat.

“Banyak kawasan lombong tinggal di Pahang sebelum ini dibiarkan begitu sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk,” titah baginda ketika berucap merasmikan Mangala Resort & Spa di Gambang, di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Pengerusi Jawatan­kuasa Pelanco­ngan, A­lam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan pemilik Mangala Resort & Spa Datuk Franky Chua Goon Eng.

Menurut baginda, usaha pemilik Mangala Resort & Spa itu yang menukar tanah lombong terbiar kepada kawasan penanaman kelapa sawit serta resort sehingga berjaya meraih ‘World Gold Winner of Environment Category’ pada Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018 di Dubai, Mei lepas, wajar dipuji dan dicontohi oleh pihak lain.


Dalam masa yang sama, Tengku Abdullah turut berharap supaya kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat dapat menaik taraf dan memperbaiki kekurangan kemudahan pelancongan di negeri ini termasuk untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

“Terus kenalkan Pahang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, setiap produk dan tempat perlu dipromosikan sebaik mungkin termasuk dengan kemudahan, perkhidmatan dan makanan sebaiknya supaya ia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan,” titah baginda.

Mangala Resort & Spa dibangunkan di atas tapak lombong yang ditinggalkan seluas 26 hektar dan kini mempunyai 65 vila yang mempunyai empat unsur tarikan tersendiri, seperti Jana Villas yang menekankan elemen air kerana didirikan di atas tasik. – BERNAMA

Kategori