Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Tahfiz Tak Mengaku...

KUANTAN - Sepasang suami isteri pengusaha pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Pesawat Khusus MAS Bagi...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan khusus Malaysia Airlines bagi membawa jemaah Haji dan...

1MDB: Pengkritik Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Kritikan berterusan sesetengah pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Remaja Patah Pergelangan Tangan...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas tersepit pada...

“Kawan-Kawan Cakap Nak Datang, Tapi Sorang Pun Tak Datang”

ALAHAI, sedih kami melihat kisah seorang pemuda ini. Mana taknya, sambutan hari lahir yang sepatutnya mengembirakan bertukar menjadi hari yang mungkin tidak dapat dilupakan baginya.

Ceritanya begini, pada mulanya dia dikatakan telah menjemput rakan-rakan datang ke majlis hari jadinya di sebuah restoran makanan segera terkenal dan mereka dikhabarkan, berjanji untuk datang.

1

Namun apabila tiba hari yang telah ditetapkan, tiada seorang pun  rakan-rakannya kelihatan, sebaliknya selepas sejam hanya dia seorang berada di ruang restoran yang telah di-“reserve” untuk majlis tersebut.

3

Dia cuba menghubungi rakan-rakannya, namun jawapan yang diterima agak mengecewakan apabila kesemuanya mengatakan mereka agak sibuk walaupun sudah berjanji dengannya.

Kemudian dia pun menghubungi rakan baiknya, jawapan yang diterima membuatkan dia bertambah kecewa; “Kau ni bodoh ke apa, kami semua bukan budak 9 tahun, sekurang-kurangnya buatlah majlis di Baskin Robbins dan jamu kami di situ,” kata rakannya.

2


Kemudian di pautan gambar terakhir yang dikongsikan, dia yang kecewa dengan sikap rakan-rakannya menyatakan dengan gajinya yang kecil, mana mungkin untuk dirinya untuk membeli kek yang mahal semata-mata untuk menyambut hari jadi.

4

“Where I can afford afford ice cream cake with my meager salary. I felt damn loser,” katanya yang kecewa dengan rakan-rakannya.

Bertabahlah wahai si birthday boy, kalau anda ingin menyambut hari lahir sekali lagi, jangan segan silu untuk menghubungi kami, Insya-Allah kami akan sambut bersama anda. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Funny Malaysia 

1 komen

  1. Kesiannya…. mrk tu bukan kawan yg baik. U deserve to get kawan yang lebih baik. Mrk tu yang loser… Happy Bday to you… Wish u all the best.. panjang umur dan murah rezeki..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori