Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syor Sistem Giliran Tempat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) menyokong langkah kerajaan untuk menukarkan...

JBPM Buka Pengambilan 253...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kini membuka permohonan bagi...

Kerajaan Teliti Keperluan Kaji...

PETALING JAYA – Kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit...

Sikap Murni Ditunjukkan Bapa...

SEBELUM ini, gambar seorang bapa bersama tiga anaknya yang ingin pulang berhari raya...

Kawal Kemasukan Pembangkang Ke Dalam PH

IPOH – Parti Amanah Negara (PAN) Perak mengingatkan Pakatan Harapan (PH) negeri supaya berhati-hati dalam menerima kemasukan beramai-ramai pemimpin pembangkang terutama UMNO ke dalam gabungan tersebut.

Naib Pengerusinya, Dr. Muhaimin Sulam berkata jika pendekatan itu tidak dibuat ia dikhuatiri akan menjadi liabiliti selain memungkiri amanah rakyat yang memilih PH selaku kerajaan selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya PAN juga bimbang pendekatan tersebut sengaja digunakan bagi meraih kuasa dan keuntungan peribadi.

“Amanah (PAN) sendiri bukan sekadar sebuah parti politik yang berintegriti tetapi adalah sebuah parti yang bangkit daripada sebuah kehancuran kepercayaan rakyat.

“Kemasukan beramai-ramai ini jangan sampai jadi seperti tikus membaiki labu dan Amanah Perak tetap mengambil sikap berhati-hati selain memberi amaran sebarang usaha mengkhianati perjuangan PH akan kami tentang habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bersama 200 ahli UMNO daripada pelbagai bahagian di Perak mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan komponen dalam PH.


Rata-rata daripada mereka berpendapat tindakan itu dilakukan selepas mengambil kira suasana semasa politik negara serta bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasan.

Dr Muhaimin berkata daripada sudut lain, kemasukan beramai-ramai pimpinan UMNO tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) Perak untuk melakukan proses transformasi dan penstrukturan semula parti.

“Ibarat kata pepatah Melayu lama, sudah jatuh ditimpa tangga. Kawan ketawa ramai, kawan menangis sendiri. Begitulah realiti dunia berpolitik,” katanya. – BERNAMA

Kategori