Kate Middleton Tunggu Masa Bersalin

ISTERI Putera William, Catherine (Kate) Middleton, telah dimasukkan ke hospital kerana sudah mengalami tanda-tanda awal bersalin anak ketiga mereka.

Kedua-dua Duke dan Duchess of Cambridge telah memandu sendiri ke Hospital St.Mary, Paddington,tengah London pada pagi Isnin.

Kate berada dalam cuti bersalin sejak lawatan DiRaja terakhirnya di sebuah acara amal di kota London pada 22 Mac lalu.

Bayi yang bakal dilahirkan itu akan menjadi pewaris takhta kelima dan cicit keenam Ratu Elizabeth II.

Kelahiran bayi itu juga bakal diumumkan melalui kiriman emel kepada pihak media dan kiriman tweet yang akan dimuat naik ke akaun Twitter Kensington Palace.

Sama seperti kedua-dua anaknya, Putera George dan Puteri Charlotte, Kate berharap untuk bersalin secara normal.

Kate dikatakan tidak mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan itu dan gelaran yang akan diterima bayi itu ialah Putera atau Puteri Cambridge.

Namun, para peminat keluarga DiRaja England itu telah memberi beberapa cadangan nama bagi pewaris takhta itu.

Antara nama-nama popular yang menjadi pilihan sekiranya bayi itu ialah seorang puteri ialah Mary, Alice, Alexandra, Elizabeth dan Victoria, manakala jika putera pula nama Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip menjadi ramalan.

Kehamilan Kate telah diumumkan pada Oktober tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...