Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Isteri Daim Cabar Kesahihan...

Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin cuba mencabar kesahihan peruntukan undang-undang yang digunakan...

Macau Scam : Warga...

KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM10,000 selepas diperdayakan seorang wanita daripada sindiket...

Kerajaan Setuju Tambah Baik...

JITRA - Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju...

PRK Rantau: PH ‘Penumpang’...

REMBAU - PAS mengingatkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bahawa kerajaan Pakatan...

Kasut Plastik Kim Undang Pembiakan Bakteria

KASUT but plastik yang dipakai oleh Kim Kardashian telah menarik minat ramai namun tahukah anda, kasut berkenaan sebenarnya mengundang penyakit?

Pakar kaki dan pergelangan kaki, Dr. Rock Positano dari New York, Amerika Syarikat memberitahu, sebenarnya kasut seumpama itu boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan kulat.

Ini kerana kaki yang berpeluh akan menyebabkan peluh melekat di kaki, apatah lagi pada musim panas.

“Kasut plastik itu, (tanpa stoking) merupakan tempat pembiakan bakteria serta kulat dan boleh menyebabkan jangkitan kulit,” katanya kepada majalah Vogue.

Malah katanya, keadaan itu juga akan menyebabkan jangkitan pada kuku kaki selain mengakibatkan lepuh pada kulit.

Pada masa sama, kasut plastik jarang fleksibel dan ini bermakna kaki mereka boleh membengkak sepanjang hari. Paling sakit adalah kawasan tumit.


Justeru Dr. Rock memberi nasihat, jika anda adalah manusia ajaib yang mana kaki tidak berpeluh maka anda boleh mencuba kasut plastik itu.

Tetapi sebagai manusia biasa, ia tidak sesuai dipakai kerana jika anda ingin sangat memakainya, pastikan anda menyarungkan stokin terlebih dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori