Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Sekolah Boleh Makan...

PETALING JAYA – Kesemua guru, murid dan warga sekolah dibenarkan makan di kantin...

Tanah Ajaib Hasilkan Sayur...

WASHINGTON DC - Matanuska-Susitna adalah merupakan sebuah lembah kecil di negeri Alaska, Amerika...

1,007 Mangsa Banjir Jelebu...

JELEBU: Seramai 1,007 orang daripada 1,476 mangsa yang terjejas banjir di Parlimen Jelebu...

Shanghai Mula ‘Kurung’ Penduduk...

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk...

Kastam Rampas Mercun, Bunga Api Bernilai RM182,700

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah mematahkan cubaan membawa masuk mercun dan bunga api bernilai RM182,700 melalui sebuah lori kontena di Plaza Tol Pendang, Pendang pada 9 Disember lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata barangan terlarang itu ditemukan sepasukan anggota yang membuat pemeriksaan di bahagian belakang kontena bersama 68 beg baja yang diletakkan di hadapan muatan.

Katanya, sebelum itu lori kontena yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 35 dan kelindannya 22 tahun ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kastam di sini selepas meragui maklumat pada Borang Ikrar Import mengatakan muatan 1,500 beg baja.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat hanya 68 beg baja sahaja dan selebihnya ialah pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 7,166 kilogram di mana pemandu itu telah membuat pengikraran tidak betul,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Latif berkata, nilai rampasan mercun dan bunga api itu dianggarkan kira-kira RM182,700 di mana melibatkan jumlah cukai sebanyak RM107,793.

Berikutan itu, pemandu dan kelindannya ditahan untuk siasatan.

“Kita menahan mereka selepas membuat pengikraran tidak betul dengan cara mengikar barangan lain untuk tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Kita percaya mercun dan bunga api dibawa masuk untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina nanti,” katanya.


Sementara itu, kastam turut menahan seorang pemandu sebuah lori kontena berumur 29 tahun kerana membuat ikrar tidak betul berhubung muatan 1,000 kotak ikan beku di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini pada 30 November lalu.

Pemeriksaan lanjut menemui hanya 138 kotak berisi ikan beku seberat 2,760 kilogram sahaja manakala selebihnya ialah 2,130 kotak ikan beku seberat 25,560 kilogram mengandungi ketulan ayam beku yang diimport dari negara jiran dan tidak mempunyai sijil halal melibatkan cukai RM110,520.

Ekoran itu, kedua-dua kes ini disiasat mengikut 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut barangan larangan yang belum lulus kastam dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Abdul Latif meminta orang ramai terus bekerjasama menyalurkan maklumat agar kes-kes penyeludupan barangan tidak lulus kastam dapat dikekang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori