Karmaine Sardini Calon PH Bagi PRK Tanjung Piai

32

PONTIAN – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, diumum sebagai calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pengumuman itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Johor.

Karmaine, merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Tanjung Piai, sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Beliau kemudian berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari tahun 1980 hingga 2000.

Sebelum menjadi Ketua Bahagian Bersatu, Karmaine pernah menjadi Bendahari UMNO Tanjung Piai sebelum meninggalkan parti itu.


Pada pilihan raya umum yang lepas, beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Pontian, namun tewas kepada Datuk Seri Ahmad Maslan dari Barisan Nasional.

Ahmad menang tipis dengan memperoleh 21,232 undi, manakala Karmaine meriah 20,299. – Astro Awani