Karmaine Nafi Video Mahu Kembali Pada UMNO

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai lalu nafi mahu keluar PPBM dan kembali bersama UMNO, seperti yang dikatakan seorang individu miripnya dalam satu rakaman video.

“Ini bukan saya,” katanya kepada FMT, ketika dihubungi di Makkah. Beliau ketika ini sedang menunaikan umrah bersama anaknya.

Video 44 saat itu dipercayai dirakam semasa Perhimpunan Agung UMNO 2019, yang berlangsung pada 4 hingga 7 Disember lalu.

Dalam video itu, individu mirip Karmaine itu juga mengkritik Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menggelarnya “arwah” dalam satu ucapannya ketika berkempen pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Karmaine sedia memaafkan pihak yang terlibat dengan video itu.

“Sampai jumpa lagi, Insya-Allah kalau dipanjangkan umur,” katanya.

Barisan Nasional diumumkan pemenang PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.

Calonnya, Wee Jeck Seng memperoleh 25,466 undi menewaskan Karmaine (10,380 undi); calon Gerakan, Wendy Subramaniam (1,707 undi); calon Berjasa, Badhrulhisham Abdul Aziz (850), serta calon Bebas, Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (32). – FMT

Loading...