Kardigan LV Rosak, Lelaki Amuk Serang Kedai Dobi

SEORANG pelanggan kedai dobi mengamuk apabila kardigan jenama Louis Vuitton (LV) miliknya rosak ketika menggunakan khidmat kedai mencuci pakaian di bandar Deyang, wilayah Sichuan China pada 26 Disember lalu.

Berang dengan kejadian tersebut, suspek bersama empat rakannya yang lain bertindak menyerang kedai dobi itu dan insiden yang berlaku berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik premis tersebut.

Video serangan dikongsi laman QQ.com memaparkan lima orang suspek keluar dari sebuah kereta hitam.

Kelima-lima suspek yang turun dari kereta itu memakai topeng dan memegang belantan bertindak memecahkan cermin kaca milik premis mencuci pakaian itu untuk masuk ke dalam.

Kardigan LV Rosak, Lelaki Amuk Serang Kedai Dobi

Kardigan LV Rosak, Lelaki Amuk Serang Kedai Dobi

Kardigan LV Rosak, Lelaki Amuk Serang Kedai Dobi

Kesemua suspek merosakkan kaunter milik dobi pakaian itu sebelum meninggalkan premis tersebut.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh salah seorang kakitangan kedai dobi itu memberitahu bahawa mereka pernah bertengkar dengan seorang pelanggan lelaki dikenali sebagai Yang lapor thepaper.cn.

Kata staf dobi itu, Yang memberitahu bahawa kardigan hitam LV miliknya telah rosak ketika menggunakan khidmat dobi tempatnya bekerja.

Tambahnya lagi, Yang menuntut ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku terhadap kardigan tersebut namun tuntutannya ditolak. Lagi pun dia tidak menyatakan jenis kerosakan yang berlaku pada kardigan itu malah harganya juga tidak dinyatakan.

Selepas bertikam lidah, suspek yang tidak berpuas hati datang semula ke kedai dobi itu bersama dengan sekutunya dan merosakkan premis tersebut.

Namun keesokan harinya, 27 Disember, Yang menyerah diri kepada pihak polis dan empat rakan subahatnya yang lain juga turut ditahan.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...