Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Amah Indonesia Didera Meninggal...

PEMBANTU rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam, meninggal...

“Tolonglah Tok Lebai Solatkan...

KUALA LUMPUR - "Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga....

Selepas 8 Jam, Zahid...

PUTRAJAYA — Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan...

Empat Rentung Dalam Kemalangan...

HULU TERENGGANU - Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera,...

Karam: Operasi Cari 2 Budak Hilang Di Song Diteruskan

SIBU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas sebuah perahu panjang karam di Sungai Rajang, dekat Temalat, daerah Song semalam diteruskan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian berkata, operasi mencari dan menyelamat itu diadakan sehingga ke kawasan 10km ke hilir lokasi kejadian tersebut.

“Seramai 46 orang melibatkan anggota pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) menyertai operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Mangsa yang hilang dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu ialah Reffinej Clarance Danstarns Gino Bansing, 9 dan adik lelakinya Rudy Alfadence Danstarns Gino Bansing, 7, kedua-duanya murid SK Nanga Temalat, Song.

Semasa kejadian, mereka bersama tiga wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki lain sedang dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumah panjang mereka di Rumah Nyulang, Temalat menaiki perahu panjang yang dipandu datuk saudara mereka Augustine Gani, 62.

Bagaimanapun, perahu yang dipercayai sarat itu karam berikutan hujan lebat dan angin kencang.

Mangsa yang lain masing-masing berjaya menyelamatkan diri mereka.

Semasa kejadian Reffinej memakai seluar panjang ketat berwarna hitam dan berbaju merah jambu manakala adiknya Rudy memakai seluar trek hitam berjalur tepi berwarna oren dan berbaju putih.


Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat turut diteruskan ke atas Clement Guntur, 43 yang hilang ketika mencari siput dan umbut nipah di Sungai Stubah di Bintangor kira-kira jam 11.00 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim lokasi mangsa dipercayai hilang terletak 6.4km dari rumah panjang mereka di Rumah Bala, Sungai Stubah.

Kehilangan mangsa diketahui apabila penduduk rumah panjang menjumpai perahu mangsa yang hanyut.

Enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk rumah panjang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori