“Kapal Selam Mini Dah Sampai” – Elon Musk

KALAU pada Isnin, ramai teruja dengan ‘kapal selam’ mini yang diuji milik billionaire, Elon Musk yang sudi membantu operasi mengeluarkan…

KALAU pada Isnin, ramai teruja dengan ‘kapal selam’ mini yang diuji milik billionaire, Elon Musk yang sudi membantu operasi mengeluarkan baki mangsa yang terperangkap di gua Tham Luang, Thailand.

Terbaharu, pemilik syarikat Space X dan The Boring Company itu berkongsikan foto sekitar kawasan operasi di Chiang Rai, Thailand.

“Saya baru pulang dari Gua 3, ‘kapal selam’ mini kini sedia digunakan.

“Ia dibina menggunakan bahagian roket dan dinamakan sebagai ‘Wild Boar’ sempena nama pasukan bola sepak remaja berkenaan.

“Saya tinggalkan ia (‘kapal selam’ mini) di sini kerana ia mungkin berguna di masa depan,” katanya menerusi akaun Twitter pada Selasa.

‘Wild Boar’ milik Elon Musk dicipta berasaskan teknologi angkasa lepas sebagai usaha memanfaatkan teknologi dalam misi kemanusiaan. – www.astroawani.com

Loading...