Kapal Selam Argentina Ditemui Selepas Setahun

BUENOS AIRES – Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800…

BUENOS AIRES – Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800 meter di dasar laut, setahun selepas ia hilang bersama 44 orang anak kapal.

Kapal selam San Juan hanya mempunyai baki tujuh hari bekalan oksigen ketika kali terakhir ia melaporkan lokasinya pada 15 November 2017. Kru kapal sudah diarahkan agar kembali ke pangkalan Mar del Plata yang terletak di pantai timur negara itu selepas ia melaporkan air mulai memasuki kapal.

Syarikat maritim ‘Ocean Infinity’ yang bertanggungjawab mencari dan mengesan lokasi kapal selam itu, diupah oleh Argentina susulan kegagalan operasi besar-besaran antarabangsa untuk mencari kapal selam itu sebaik saja ia dilaporkan hilang di Lautan Atlantik.

San Juan dikatakan berada pada kedudukan 430 kilometer di luar pantai Patagonia, Argentina ketika menghantar isyarat terakhir.

Kejadian itu mencetuskan semangat untuk mencari dalam kalangan tentera Argentina walaupun usaha terpaksa dihentikan beberapa kali, disebabkan krisis kewangan yang melanda negara Amerika Latin yang mempunyai belanjawan pertahanan paling rendah disebabkan saiz ekonominya. – Reuters

Loading...