Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Persefahaman UMNO, Pas Demi...

KUALA LUMPUR - Persefahaman dan kesatuan yang dicapai UMNO dan Pas dalam dua...

40 Maut Penyokong Bola...

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas satu rempuhan di luar sebuah stadium...

‘Tuhan Harun’ 5 Pengikut...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan...

Anwar Lupa Tiada Siapa...

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut membidas SPRM kerana menyiasat Hakim...

Kapal Cari MH370 ‘Ghaib’ Misteri 6 Hari

GHAIB… Seabed Constructor yang dalam ekspedisi pencarian pesawat MH370 dilaporkan hilang pula secara misteri pada 31 Januari lalu dan hanya berjaya dihubungi lewat malam tadi.

Menurut laporan portal popular Daily Mail di Britain, insiden pelik tersebut berlaku apabila kapal penyelidikan milik Norway berkenaan baru sahaja 10 hari berlepas dari pelabuhan Durban di Afrika Selatan.

Laman berita tersebut melaporkan bahawa sistem penjejakan kapal itu malahan seperti ‘ditutup’ dalam tempoh berkenaan selepas lebih 80 jam belayar melakukan ekspedisi yang tidak didokumentasikan.

Difahamkan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) di kapal tersebut bahkan langsung tidak dapat dihubungi pihak luar sepanjang waktu tersebut namun punca kejadian aneh itu masih belum lagi diketahui.

Baca: Misi Sasar Temui Bangkai MH370 Dalam 30 Hari

Ia disewa khas firma eksplorasi persendirian ternama, Ocean Infinity dari Amerika Syarikat bagi misi pengesanan Boeing 777 itu yang hilang pada 8 Mac 2014 serta membawa 239 penumpang dan krew.

Pesawat MH370 hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan ia disifatkan sebagai antara kes paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan moden di dunia.


Sebelum ini, misi diterajui Australia ini sudah memeriksa kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi jauh di pesisir barat benua itu selama 28 bulan, namun dihentikan pada Januari tahun lalu.

Misi kali kedua ini pula yang membabitkan 65 kru dari pelbagai negara termasuk dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori