Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Dirasuk Jin, Lelaki Sembelih...

SEORANG lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal. Lelaki...

MDHS Buka Permohonan Bazaar...

KUALA LUMPUR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan memulakan penjualan borang bagi...

Johor Bina, Naik Taraf...

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Alami Tekanan Hinggakan Rambut...

SEORANG juru dandan rambut berjaya memenangi hati netizen apabila dia berkongsi kisah salah...

Kapal Bawa Pelarian Rohingya Ke Malaysia Terbalik, 15 Maut

DHAKA – Sekurang-kurangnya 15 pelarian Muslim Rohingya meninggal dunia dan banyak lagi masih hilang selepas kapal yang membawa kira-kira 130 orang penumpang terbalik di Teluk Bengal ke Malaysia ketika cuba menghampiri perairan Malaysia.

Kapal itu telah terbalik berhampiran Pulau Saint Martin, di hujung tenggara Bangladesh.

Kira-kira 70 orang yang berada di dalam kapal itu berjaya diselamatkan.

Pelarian yang terlibat itu adalah mereka yang melarikan diri secara haram dari kem-kem di Cox’s Bazar dekat Bangladesh.

“Ia tidak berperikemanusiaan. Kapal itu membawa kira-kira 130 orang, sedangkan ia berkapasiti 50 orang,” kata seorang sumber.


Wanita dan kanak-kanak antara yang maut.

Tindakan keras oleh tentera Myanmar ke atas Rohingya menyebabkan lebih daripada 730,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. – Agensi

Kategori